3 June 2014

When they asked me about flowers, I was like..

Assalamualaikum :)

"Kau bila nak kahwin?"

Tanda tanya. 
Siapalah aku nak cakap pasal kahwin sekarang ni.. aku bukan ustazah yang begitu arif tentang kahwin. aku pun masih muda dan terlalu muda untuk berbicara tentang kahwin.(eceh!) Sebab aku tahu, aku belum sempurna dan belum bersedia untuk menjadi seorang isteri malah seorang ibu. (apa yang aku cuba jelaskan ni?)

I don't mind kalau orang nak cakap pasal kahwin. Bukannya sesuatu yang tak elok. Elok. Nak kata arif tentang kahwin pun tak juga, tapi Alhamdulillah..tahu juga lah basic dia. Almaklumlah, baru belajar ini tahun dalam subjek PSI,dalam bab Fiqh, Matapelajaran 22 dan 23. Anda boleh semak sekarang.

Dulu, kalau cakap pasal kahwin dengan family, diorang kata aku ni dah gatal nak nikah. Eeeiii ekau tu kocik lai.. bolum buleh nak nikah..Seluar dalam pun mak basuh lagi! But now, kalau cakap pasal nikah..mereka lebih berfikiran terbuka kerana mereka tahu bahawa anak perempuan mereka ni dah bersedia nak kahwin.. kahkakahkah! Joke..joke. jangan ambil serious. kang nanti ada yang menyampah lalu menyambar blog aku kerana muntah apabila mendengar statement aku tadi!

Di sini, aku cuma nak kongsikan betapa 'exited'nya mereka bila aku tiba-tiba cakap pasal kahwin. Parents mana yang tak seronok apabila anak mereka nak kahwin? Hahaa! Bukanlah aku nak kahwin sekarang, tapi bila tengok reaction parents aku mmg lain. Tak macam dulu. Kalau dulu, mereka kata apa, "belajar pun x habis nak kahwin! Jangan nak mengada!" itu dulu. tapi kalau sekarang, "Akak, nanti kalau kahwin, kahwinlah dengan orang baik-baik.."mereka kata, bukan aku yang kata. *blushing*

Ye la. macam parents aku. Siap dah plan dah nak buat apa bila aku kahwin nanti. Dah plan nak buat kenduri kahwin kat mana, nak pakai baju apa, nak ajak siapa.. and so on. tang tu memang depa exited sangat! aku ni, dengar tanpa berkata apa-apa. Kaku sekejap. bukan main happy lagi diorang ni. haahaa! then, aku jawab, "tak kisah lah~" that's all. Ya Allah, mcm ni rupanya raction parents aku ye..*tersenyum lebar*

parents aku pun kadang-kadang sporting jugak. and yang paling membuatkan aku tergelak gila-gila, bila  abah cakap, "akak, kalau dia yang terbaik untuk akak, abah terima.." part ni, i just can't stop laughing! sweet sangat ayat tu sampai membuatkan aku rasa malu gila sampai nak keluar air mata! heh! aku cuba sado kan diri sebab aku tahu, aku mmg suka buat muka kerek depan parents.. hahaa! joke..nampak sangatlah yang mereka ni tak sabar nak tengok aku ke jinjang pelamin. -_-  

And of course, sebab aku ni agak tidak serious bila ckp pasal benda ni.. mama tiba-tiba cakap apa, "Akak, kahwin muda ni Sunnah tau.." i replied, "Doakan untuk 5 tahun lagi.." (17+5=22 tahun) hahaa!! itu gurauan~ Tak serious pun. Takkanlah aku nak paksa diri aku untuk mencari lelaki dalam masa 5 tahun ni~ Allah knows what's the best for us, so x payah risau.. Sesuatu perkara yang terjadi ada kebaikannya. Hanya kita kena yakin. and, you know what, nak kahwin ni bukan senang. Before nikah, there're a lot of things that we need to know. Especially about the responsibilities. For men, mmg bnyk sangat tanggungjawab kena pikul. Nak tanggung bini, anak-anak, bagi nafkah etc... and for women, pun ada tanggungjawab juga. Menjaga keperluan suami dan anak-anak, mendidik anak-anak etc.. 

Bak kata Prof Muhaya, "Sebelum kahwin, kena ada ilmu. Carilah ilmu dahulu,  baru kahwin.." Indeed sbb kalau tak da ilmu, macam mana nak bentuk keluarga yang sejahtera? And pesanan beliau, "Kita kahwin bukan untuk  bahagia, tapi kita kahwin untuk mencari kebahagiaan.." Wallahu a'lam.. Bab-bab kahwin awal, wawa tak mahu ulas panjang-panjang. Alhamdulillah sebab akhirnya mereka dapat mengelakkan diri drpd zina. Berdosa besar kalau berzina. Na'uzubillah~

Penutup bicara, there are some good advices from Mufti Ismail Menk about Marriage.





Selamat Berkahwin!


1 comment: