13 June 2014

Inilah Konsep 1Malaysia!

Assalamualaikum :)

Aku masih ingat, sewaktu aku berada di Kuala Krai beberapa bulan yang lalu. (lama tuh) Disebabkan baru sekarang tercetusnya idea nak update pasal cerita ni, maka aku pun dengan besar hati, untuk menceritakannya. Yay! Teruja yang iya iyalah!!

Peristiwa ni berlaku sewaktu aku berada di Hospital Kuala Krai yg terletak beratus kilometer dari Shah Alam. Jalan paling mudah utk sampai kesana, adalah dengan menaiki kapal terbang Air Asia kerana harganya yg berpatutan :) Di samping, pramugari2nya yang memakai pakaian yg 'agak sopan'. Mereka telah mengenakan seluar jeans biru yg ketat.. Dgn baju merah yg berlogo Air Asia. (at least sopan lah juga..walaupun ketat) serta rambut yang seolah-olah mandi air karat. Lol! Mau x kena buang kerja lah aku lps ni sbb kutuk flight tu. Ha..ha..ha!

Itu muqaddimah je..

sewaktu aku berada di hospital, ada seorang Pakcik ni..nak kata tua, tak lah sangat.. Dalam lingkungan 50-60 i guess. He talked to me. Ok. First, rasa cam ok lagi sbb org tua bercakap. My reaction was like "ahaaa...haa....yelah..yelah.." sambil menunjukkan senyuman kambing aku yg sangat manis :)

dia start berborak dgn aku. And aku tak tahu dari mana cerita itu bermula. Maka, aku hanya lebarkan telinga dan dengar saja. Dia tanya aku, buat apa..jenguk siapa..and pebenda lagi entah.. Itulah.. Peramah sangat! Hahaa! 
His wife was suddenly came to us. And you know what? Dia speaking Kelate dgn bini dia! Ok, tak terkejut! sbb masa tu, aku belum tahu lagi itu bini dia. Lorrrhhh~

Dia pegang tangan bini dia. "eh eh! Pakcik ni asal gatal sgt pegang perempuan cina tu?" aku bermonolog..pastu siap speaking Kelate pulak tu! Woo!! Fasih benar bini dia ckp Kelantan! Aku tengok je lah pasangan suami isteri yg bahagia tu mcm org tengah minta sedekah. Haha! Sampai lah pakcik tu kata, "pokcik  kelik dulu deh.. Bini pokcik doh siap jumpo doktor..jago diri molek deh.." lebih kurang mcm tu lah~

Aku ternganga tapi aku tidak menunggu lalat utk masuk ke dlam mulut. Ooohhh wait! Bini dia? Like seriously? Amaaggaaaddd! Lalu dengan rasa exitednya, aku pergi bagitau mama.. "Tadi, ada pakcik cina ckp kelantan lah!" mama replied, "alaaa..perkara biasa~" -_-

This is not a joke wokayyyyhhh! the point is wawa sebenarnya sangat kagum sebenarnya dengan pakcik tadi. Serious! Cakap takda slanga cina langsung! Torkojut eden! kalau korang perasan lah kan...Orang Kelantan ni mmg mempunyai semangat perkauman yang sangat kuat! Mereka juga memperkasakan dialek mereka di samping Bahasa Melayu. Mereka tidak berasa malu dan segan! Lagi satu, setiap kali aku pergi Kelantan, ramai betul yg memakai jersi TRW..Oh pleaaasseeee.... I takda baju tu okay... Mak i je yg hadoo.. I mana main jersey2 Malaysia ni... I ada jersi Germany je okayy..(diminta ambil penyapu dan ketuk kepala sendiri).

as a conlusion, datanglah Kelantan! Aku tak pernah rasa jemu datang sana! Dekat sana juga merupakan syurga makanan, syurga pakaian di mana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis fabrik yg serba baru!! (dah macam iklan Jakel)  moh le kita ke kelate!
Semoga percutian anda tahun ini menjadi lebih bermakna drpd sblumnya :)
Selamat Pagi 1Malaysia!!!

Peace!

p/s: bagi hok ado gewe tu, buleh la bawok dio gi jale PCB sambil make colek!



1 comment:

  1. salam kenal,ecah dtg follow sni..jom follow ecah jg,tQ =)

    ReplyDelete