22 June 2014

Mimpi

Assalamualaikum :)
 
mainan tidur, mainan tidur, mainan tidur. Itulah org dah kata, sebelum tidur pi basuh kaki dulu..buang air dulu barulah tak kencing dalam seluar sbb nanti tilam bau hancing. Kalau dah hancing, pandai-pandai pi jemur tilam kat luar sbb sekarang ni Solstis Musim Panas. Confirm 5 minit dah kering.
 
malam tu, aku ada mimpi pasal anak aku. Ya Allah.. Bila masa aku kahwin? Jangan nak buat gosip liar dkt aku.. Namanya pun mimpi kan.. Duhh~
dalam mimpi tu, rasa mcm tak sedap hati. Risau, gelabah, sedih dan perasaan yang bercampur baur. Mcm mana nak start cerita ni..
 
Dalam mimpi tu, aku mendapati bahawa anak aku terjatuh dri balkoni rumah. Nasib baik tak jatuh sbb bawah, sbb satu platform yang aku x tau mcm mana nak describe kan. =,= then, aku dengar tangisan drpd seorang budak. I thought that itu anak jiran sebelah ke. Rupa-rupanya, anak aku! Mcm mana dia boleh jatuh, aku x tau sbb scene tu x da dalam mimpi.
 
aku mendapati bahawa anak aku terjatuh, tersembam. Astaghfirullahalazim.. Terkejut beruk juga time tu! Aku buntu, x tau nak buat apa. Gelabah gila.. Panggil jiran-jiran utk selamatkan anak aku. At that time, aku rasa berpeluh-peluh walaupun sedang tidur. Serious!
 
Anak aku x henti menangis kesakitan. Aku pula cuak tak tentu pasal. Alhamdulillah, anak aku dapat diselamatkan. Terima kasih kpd jiran2 yang sudi membantu(jiran mimpi).
 
Aku menangis melihat wajah anakku yang masih kecil. Wajahnya lebam-lebam.. Calar-balar di muka. Ya Allah... Aku cepat-cepat membersihkan diri anakku. Sakitnya siapa yang tahu.. Tangisan dan teriaknya.. Allahu~ betapa sedihnya aku waktu tu. Kemudian, aku membawa anakku ke klinik utk berubat. Doktor siap kasi ubat Antibiotik dengan krim tahan gatal lagi kau... Aku berharap yang anak aku masih hidup. Alhamdulillah, anak aku masih hidup. Dirimu kuat nak :'') Ummi bersyukur kerana kau masih hidup. Masa tu risau juga, sbb keadaan anak aku mcm dah 50-50 je. Nak bernafas pun mcm semput2 je. Lagilah..mcm mana perasaan seorang ibu time tu..
 
anakku terus menangis kesakitan. Aku x tahan melihat wajah anakku, sehingga aku juga mengalirkan air mata. Ini salah aku! Aku bermonolog di dalam hati. Aku x sepatutnya membiarkan anakku keseorangan sewaktu aku sibuk melakukan kerja rumah. (ceh! Ayat mcm dah jadi bini je..) anak aku memeluk tubuhku. Aku mendakap dirinya. Namun, dia x berhenti menangis. Allahu.. Ummi tahu, kamu masih sakit nak..
 
mimpi tu betul-betul tamat pukul 6pagi. Aarrgghh!! Masanya utk pergi sekolah sbb ada sekolah ganti. Tak boleh ponteng!  paling best, bila aku bangun je, baju aku basah. Uuuiii! Berpeluh-peluh, mata pula berair. Nampak sangat lah aku ni over~
 
Based on aku punya mimpi ni, aku sedar, betapa kuatnya kasih dan sayang seorang ibu terhadapnya. Aku juga dpt rasakan bagaimana perasaan jika kita kehilangan seseorang yang paling kita sayang. Aku harap ia cuma mimpi. Ya...mimpi.. Nasihat aku, jagalah anak baik-baik :)
 
Peace!!
 


2 comments:

  1. salam perkenalan kak. blogwalking kjap huhu apapepun, mimpi tu cume mainan tido, jgn smpai effect realiti kita:)

    ReplyDelete